KESAN DAN BAHAYA HB RENDAH TERHADAP IBU HAMIL DAN BAYI








Apabila seseorang itu hamil, pastinya para ibu akan menjalani pemeriksaan di klinik untuk menentukan tahap kesihatan ibu dan bayi yang dikandung berada dalam keadaan sihat dan baik. Perkara yang dipantau adalah :



Untuk entri ini saya akan kongsikan tentang kesan  dan Bahaya HB rendah terhadap ibu hamil dan bayi  kerana semua ibu hamil adalah berisiko mendapat anemia atau HB rendah. Ini kerana mereka lebih memerlukan lebih banyak zat besi dan asid folik lebih daripada biasa.




APAKAH YANG DIMAKSUDKAN HB RENDAH  ??


Hemoglobin atau nama ringkasnya HB merupakan protein dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.Paras normal HB adalah di antara 12 - 15g/dl ( gram per deciliter ). Adalah normal jika ibu hamil mempunyai HB yang sedikit rendah ( 11 - 12g/dl ) disebabkan oleh perubahan hormon semasa hamil. Tetapi, adalah bahaya jika ibu hamil mempunyai kadar HB yang rendah iaitu KURANG DARI 11g/dL.







PUNCA HB RENDAH SEMASA HAMIL


Kebiasaannya punca HB rendah disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

  • Kurang pengambilan zat besi, asid folik dan Vitamin B
  • Hamil kembar
  • Dua kehamilan yang rapat jaraknya
  • Muntah kerana banyak mabuk ( morning sickness )
  • Faktor genetik seperti pembawaan penyakit Thalasemia
  • Perubahan hormon semasa hamil
  • Kehilangan darah akibat kemalangan atau pendarahan
  • Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu
  • Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.





SIMPTOM / TANDA HB RENDAH SEMASA HAMIL


  • Sukar untuk fokus
  • Kadar denyutan jantung yang laju
  • Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  • Sering rasa pening / sakit kepala
  • Rasa lemah dan letih
  • Kulit, bibir dan kuku yang pucat


KESAN HB RENDAH KEPADA IBU HAMIL


Bagi ibu yang mengalami HB rendah yang agak kronik ini, terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi oleh ibu hamil atau bayi di dalam kandungan jika tidak ditangani awal iaitu :


1. Ibu hamil dengan HB yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi terutamanya semasa dan selepas kelahiran 
2. Berisiko mendapat komplikasi jantung di mana degupan jantung boleh meningkat ke tahap luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan baik. 
3. Tekanan darah tinggi pada ibu hamil.
4. Ibu hamil berkemungkinan besar memerlukan transfusi darah ( penambahan darah ) sekiranya mereka mengalami pendarahan semasa melahirkan 
5. Ibu mengalami kemurungan selepas bersalin 
6. Kesukaran ibu untuk meneran semasa bersalin menyebabkan bayi lemas. 
7.  Keguguran.
8. Sistem pertahanan semulajadi badan ibu menurun menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus dan mudah jatuh sakit.


KESAN HB RENDAH KEPADA BAYI


1. Kebarangkalian bayi boleh lahir tidak cukup bulan ( pramatang )
2. Bayi lahir dengan berat badan yang rendah iaitu kurang dari 2.5kg
3. Bayi berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi.
4. Bayi mengalami masalah lewat perkembangan.
5. Bayi menghidap kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.
6. Bayi meninggal dunia sebelum / semasa dilahirkan ( stillbirth )

SUPLEMEN UNTUK MENGATASI  MASALAH HB RENDAH


Apabila hamil, adalah penting untuk ibu mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan kaya dengan zat besi. Di samping itu, ibu harus mengelakkan kafein kerana kafein ini akan menghalang penyerapan zat ke dalam badan. Ibu juga haruslah mengamalkan senaman ringan agar ibu sentiasa cergas dan sihat.  Tak lupa juga pengambilan suplemen juga untuk menampung nutrusi di dalam badan.


Terdapat 3 suplemen asas dalam dalam Set Hamil Shaklee yang dapat membantu untuk mengatasi masalah HB rendah semasa hamil iaitu :





1. Vitalea with Iron Formula

Mengandungi 28 multivitamin dan mineral lengkap termasuklah zat besi yang boleh membantu pembentukan sel darah merah.
Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.


2. B-Complex with Asid Folic

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk Vitamin B12 dan Asid folic. Ia sangat membantu dalam meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.


3. Vitamin C Susteined Released

Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahan badan.



TESTIMONI PENGGUNA YANG BERJAYA MENGATASI MASALAH HB RENDAH DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE



Hb dari 8 meningkat naik ke 10 setelah amalkan suplemen Shaklee




Doktor dan nurse puji HB stabil semenjak amalkan Vitalea Shaklee




Setiap hari amalkan Vitalea dan Vitamin C, HB sentiasa baik, tiada masalah HB rendah, bertenaga dan gusi tidak berdarah lagi




................................................................................................


Semoga dengan perkongsian dari saya ini memberi manfaat kepada para pembaca semua dan jangan biarkan HB semakin menurun semasa proses kehamilan kerana kesan HB yang rendah akan mempengaruhi terhadap perkembangan bayi untuk jangka masa panjang. 


Buatlah pilihan yang bijak untuk ibu dan juga bayi yang dikandung.


Sekiranya anda berminat untuk  mencuba Set Naikkan HB Bagi Ibu Hamil anda boleh hubungi saya di talian 016-6110742





Jika anda ingin membuat belian secara online menerusi laman web Shaklee melalui kad kredit atau kad debit, anda boleh klik salah satu link di bawah






Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi saya. Semestinya KONSULTASI PERCUMA DAN EKSKLUSIF  khas untuk apabila anda membeli dengan saya. Saya juga akan berikan tips terbaik mengikut bajet dan keperluan anda.


PERTANYAAN ANDA MERUPAKAN KEUTAMAAN SAYA


Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi



Share:

No comments:

Post a Comment