SAKITNYA RENGAT SELEPAS BERSALIN






RENGAT..!!!! Bagi kaum lelaki pasti tidak tahu apakah yang dinamakan sakit rengat. Tetapi berbeza dengan kaum wanita yang  sudah bersalin pastinya tahu akan kesakitan rengat selepas bersalin.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SAKIT RENGAT



Rengat ni rasa sakitnya seperti senggugut atau sakit contraction seperti nak bersalin. Ianya lebih 
dikenali after birth contraction atau pun after pains. Pengalaman saya terkena sakit rengat, ianya lebih sakit dari sakit contraction nak bersalin.

Bayangkan dari baring nak bangun pun tak boleh disebabkan sakit yang teramat sangat.Dan kalau sakit contraction nak bersalin, ianya sakit dan berhenti seketika kan..kemudian sakit semula. 

Tetapi tidak dengan sakit rengat yang mana bila datang sakitnya tu berterusan sakitnya. Sampaikan kalau mereka yang tak tahan menanggung sakit  ianya boleh mengganggu emosi sehingga menangis.

Sebab itu lah pengorbanan seorang ibu itu teramatlah besar kerana seorang ibu menanggung pelbagai kesakitan demi melahirkan zuriat yang tercinta.


BAGAIMANA RENGAT INI TERJADI



Rengat ni boleh terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu selepas melahirkan anak. Ia adalah antara proses pengecutan rahim untuk kembalikan saiz dan posisi asalnya.

Biasanya rengat ini akan terjadi kepada ibu yang melahirkan anak kedua dan keatas. Jarang sekali ibu yang melahirkan anak pertama terkena sakit rengat ini. 

Ia juga berisiko terjadi pada ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri dan tertinggal di dalam rahim yang mana ia dipanggil " darah bantal "

Durasi kesakitan rengat pula antara 2-10 hari bergantung kepada keadaan.

Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui sakit rengat ini mengatakan durasi kesakitannya bergantung kepada bilangan anak. Semakin ramai anak, semakin lama durasinya.

Dalam keadaan ini suami memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu isteri melawan kesakitan rengat ini.

Kesakitan rengat ini akan menjadi berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.


MENGAPA TERJADINYA BEGITU..??



Ini adalah kerana penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon ocytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.

Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan TUMPAH DARAH. Sangat bahaya jika rahim lambat mengecut.


CARA MENGATASI SAKIT RENGAT



1.   Mengambil ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor. Kebiasaannya sebelum ibu keluar dari hospital, ibu akan dibekalkan beberapa ubat dari doktor.Ubat tahan sakit ini hanya makan apabila perlu sahaja.

2. Teknik pernafasan dan hipnosis dapat membantu mengawal kesakitan

3. Sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.

4. Setiap hari sentiasalah bertungku untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan rahim serta mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam rahim. 

5. Gunakan losyen panas untuk membantu mengawal kesakitan tetapi jangan letakkan terlalu banyak. Cukuplah mengikut kadar yang disarankan dan tidak berlebihan.


ALTERNATIF LAIN



Ibu juga boleh mengamalkan Set Berpantang Shaklee untuk mengurangkan kesakitan dan mengekalkan kesegaran badan di samping mendapat pelbagai khasiat untuk keperluan ibu dan bayi dari set ini.

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada :

  • Vivix
  • ESP ( Energising Soy Protein )
  • Vitalea
  • B-Complex with Folic Acid
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Alfafa Complex
  • Omega Guard





TESTIMONI IBU BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE










Ibu perlulah banyakkan bersabar dan kuat semangat dalam menempuh ujian ini.

Moga ibu-ibu yang sedang berpantang dapat melalui fasa berpantang dengan baik dan gembira di samping bayi yang sihat dan comel.

Pilihlah nutrisi yang terbaik untuk kesihatan ibu dan juga bayi.

Sekiranya para suami, ibu-ibu atau anda semua berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 016-6110742.

Saya akan berikan penerangan eksklusif, cara pengambilan yang betul serta tips yang terbaik  buat anda semua.

Anda ingin beli Set Shaklee mengikut budget..??? JANGAN RISAU..saya akan berikan keperluan nutrisi yang anda mahukan mengikut budget anda.


PERTANYAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN 
SAYA




Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Shaklee... Semestinya Selamat..Berkesan..Semulajadi



Disclaimer :
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit





Share:

No comments:

Post a Comment