ELAKKAN SEMBELIT KETIKA PANTANG




Sembelit adalah satu keadaan di mana seseorang itu sukar atau jarang membuang air besar.

Sembelit yang terjadi semasa berpantang pula amatlah memeritkan. Kebanyakkan ibu berpantang pasti mengalami keadaan yang sukar ini.


9 SEBAB BIASA BERLAKUNYA SEMBELIT


  • Pengambilan ubat-ubatan ( terutamanya herba )
  • Kurang serat dalam diet
  • Kebiasaan menahan untuk membuang air besar
  • Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok
  • Masalah kolon dan rektum
  • Kurang air
  • Masalah fungsi usus
  • Penyalahgunaan julap
  • Kurangnya aktiviti fizikal terutamanya warga tua


Tetapi, sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan BUASIR yang disebabkan oleh tindakan menahan untuk membuang air besar.

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, para ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana ditakuti menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit. 

Ini termasuk juga kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan kerana dipercayai ‘sejuk’. 

Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang. Padahal, sayur dan buah tinggi kandungan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.


MENGAPA SEMBELIT SEMASA PANTANG TERJADI ??


Sembelit semasa berpantang terjadi kerana perjalanan najis dalam saluran usus menjadi perlahan. 

Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
  • Otot abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
  • Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.


TIPS ATASI SEMBELIT KETIKA BERPANTANG


1. Penting untuk ibu mengambil diet yang seimbang semasa berpantang. Jadi pastikan diet ibu terdiri daripada makanan yang berserat tinggi serta pastikan diet ibu turut terdiri daripada buah-buahan dan sayuran-sayuran setiap hari.

2. Pastikan ibu minum air dengan secukupnya terutamanya jika ibu menyusu badan. Air dapat membantu memudahkan pergerakan usus selain melembutkan najis.

  • Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

3. Sekiranya ibu merasakan sudah masanya untuk menunaikan hajat, segeralah ke tandas. Elakkan sikap suka bertangguh akan membawa padah yang mana akhirnya boleh mengakibatkan sembelit.

  • Lebih lama ibu menahan diri daripada membuang air besar, najis terkumpul menjadi lebih keras dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

4. Elakkan duduk ataupun terbaring terlalu lama. Cuba untuk berjalan walaupun sedikit demi sedikit kerana ini dapat membantu sembelit dari menjadi semakin teruk.

5. Penggunaan tandas duduk sangat membantu untuk memudahkan ibu dalam pantang untuk membuang air besar. Jangan lupa gunakan bangku mahupun alas kaki supaya kaki dapat diangkat dengan lebih tinggi dan letakkan siku anda diatas lutut.

6. Ibu juga boleh menggalakkan pergerakan usus dengan cara menarik dan mengendurkan otot perut. Caranya ialah dengan dengan menarik otot perut ibu ke dalam supaya perut mengempis dan kemudian tolak otot perut dengan mengembungkan perut ibu. Lakukan secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga 10kali. Relaks kan lantai pelvik ibu sewaktu senaman ini dilakukan.

7. Jangan biarkan sembelit berterusan. Jumpa doktor dan jangan dibiarkan sembelit berpanjangan kerana sembelit yang berpanjangan akan menyebabkan buasir atau hemoroid dimana berlakunya pembengkakan pada salur darah vena yang terletak pada bahagian rectum dan dubur.

8. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean..




OSTEMATRIX SEBAGAI SALAH SATU IKHTIAR ATASI SEMBELIT DALAM PANTANG






Para ibu boleh mengambil suplemen yang boleh membantu mengurangkan sembelit semasa berpantang.

Suplemen yang disarankan adalah suplemen yang mengandungi Magnesium iaitu OSTEMATRIX Shaklee.

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlaku proses PERISTALSIS; iaitu suatu proses dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus dan menolak makanan ke perut. 

Pengambilan supplemen ini juga perlu disertai dengan meminum air yang banyak.

Di samping itu, ia juga mempunyai fungsi unik yang lain iaitu untuk membantu melawaskan pembuangan ( sembelit ) iaitu :

● Ia membantu melegakan dan melembutkan otot usus dan menyebabkan pergerakan otot usus menjadi lebih lancar.

● Ia membantu menarik air ke dalam usus. Ini akan menyebabkan kandungan air di dalam usus bertambah seterusnya membantu melembutkan bahan buangan.


 4 Cara OSTEMATRIX Shaklee membantu:

  1. Tidur malam yang lebih lena.
  2. Menghilangkan bisa pada kaki dan menyegarkan badan.
  3. Mengelakkan sakit pinggang serta rasa kebas.
  4. Melawaskan sistem penghadaman terutamanya untuk memudahkan anda ‘membuang’ pada hari keesokannya


APA KATA PENGGUNA YANG SUDAH MENGAMALKAN OSTEMATRIX


1. Dalam pantang amalkan Ostematrix
Pembuangan lancar
Tiada masalah sembelit



2. Tiada sembelit, mudahkan buang air besar
Lenguh2 badan juga hilang
Kembali segar



3. Amalkan Ostematrix untuk anak ke-3 dan 4
Tiada masalah sembelit 
 Tiada masalah cramp kaki
 Sakit gigi dan gusi juga tidak lagi



4. Sembelit ketika pantang tiada lagi
Pembuangan lancar setiap pagi



HARGA OSTEMATRIX SHAKLEE




1 Botol hanya RM 61.25 sahaja
( 120 tablet )


CARA UNTUK MEMBELI OSTEMATRIX SHAKLEE


Sekiranya anda berminat untuk membeli atau menghadiahkan OSTEMATRIX buat yang tersayang, anda boleh terus hubungi saya, PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA DI TALIAN 016-6110742




Atau


Sekiranya anda ingin membuat belian secara online melalui kad debit atau kad kredit, anda boleh klik link atau gambar di bawah ini






Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kesulitan atau kemusykilan, anda boleh whatsapp atau hubungi saya secara terus. 

Saya akan memberikan PENERANGAN DAN KONSULTASI KHAS BUAT ANDA


Vitamin ini bukanlah ubat... Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi

Share:
Read More

ATASI MIGRAIN DENGAN CARA MUDAH DAN BERKESAN





Migrain merupakan salah satu penyakit yang sering berlaku di kalangan masyarakat. Bagi sesiapa yang pernah mengalami migrain pasti tahu betapa sakitnya apabila ia menyerang. 



BAGAIMANA MIGRAIN BERLAKU..???


Sakit Migrain berlaku apabila darah tidak sampai ke otak akibat tersekat dan menyebabkan sakit kepala yang teramat sangat.

Selain pening akibat sakit kepala, migrain juga memberi rasa tidak selesa kepada perut dan loya sehingga menyebabkan pesakit muntah.

Migrain akan menjejaskan kehidupan seharian dan ia mampu membawa kesan yang amat besar kepada anda seperti pelajaran, kerjaya dan lain-lain.

Jika tidak diubati apabila dikesan, ia akan menjadi teruk dan susah diubati pada masa yang akan datang. Jadi, tindakan sewajar perlu diambil sebelum sakit migrain menjadi lebih teruk dan merbahaya.



PUNCA MIGRAIN


Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan migrain antaranya ialah:

  • Tabiat pemakanan yang tidak teratur dan kurang sihat
  • Tidur berlebihan
  • Tidak cukup tidur
  • Tidak makan
  • Tekanan/Stress
  • Perubahan Cuaca
  • Kepenatan
  • Datang haid
  • Ketidak stabilan  hormon
  • Bau yang menyengat dan tidak  menyenangkan
  • Sinar yang terang

CARA MENGURANGKAN MIGRAIN


  • Mengawal pemakanan harian
  • Mengurangkan stress dengan bersenam
  • Mengamalkan cara hidup teratur
  • Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain.
  • Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain. 
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. 


Migrain akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. 

Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. 

Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untuk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migrain. 

Jika anda mencapai tahap kritikal migrain ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.


VITAMIN YANG SESUAI UNTUK MENGATASI MIGRAIN



Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migrain. Ini kerana:


B-COMPLEX with Folic Acid




Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. 

Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.


OSTEMATRIX




Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. 

Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. 

Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.


TESTIMONI PESAKIT MIGRAIN



Testimoni 1 :

Dulu selalu hantuk kepala, sekarang tidak lagi setelah konsisten amalkan Set Migrain Shaklee




Testimoni 2 :

Suami tak perasan bila migrain hilang
Bebas Migrain



Testimoni 3 :

Sakit migrain ketika hamil kurang


HARGA SET MIGRAIN SHAKLEE



Hanya RM 120.00 SAHAJA untuk set ini



TAHUKAH ANDA ???



Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain.

Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda.

Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti harian dan sebagainya.

Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/suplemen sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.


CARA MENDAPATKAN SET MIGRAIN SHAKLEE



Sekiranya anda berminat untuk mencuba SET MIGRAIN SHAKLEE, anda boleh hubungi saya di talian 016-6110742 





Atau


Jika anda ingin membuat belian secara online melalui kad debit atau kad kredit, anda boleh klik link atau gambar di bawah ini








Disclaimer :
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit


Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi


Share:
Read More

KUNYAH VITAMIN C IBARAT KUNYAH GULA-GULA - VITAMIN C CHEWABLE BANTU KUATKAN SISTEM IMUN



Bila sahaja kita sebut tentang gula-gula..Pastinya menjadi kesukaan anak-anak kan. Bukan setakat anak sahaja yang suka, malahan orang dewasa juga kadang-kadang suka makan gula-gula. Lagi-lagi bila waktu mengantuk tu, rasa nak kunyah sahaja kan..


Kali ini, apa kata jika anda atau anak anda cuba pula kunyah VITAMIN C CHEWABLE PLUS yang penuh khasiat ini..



VITAMIN C CHEWABLE PLUS

APAKAH ITU  ???


Ianya diperbuat daripada sumber semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan.

Mengandungi serbuk Rosehips, Bioflavonoids Citrus dan Hesperidin untuk meningkatkan fungsi Vitamin C.







Selain itu, Bioflavonoids juga berfungsi untuk meningkatkan penyerapan optimum Vitamin C.

Dos lebih rendah iaitu 100mg menjadikan ianya sesuai untuk pelbagai peringkat usia terutama kanak-kanak.

Size yang lebih kecil berbanding Vitamin C Sustained Release dan menjadikan Vitamin C Chewable ini lebih  mudah dikunyah dan ditelan.

Ianya tidak mempunyai sebarang pewarna, perisa, pemanis ataupun pengawet tambahan.

Rasa Oren yang SEMULAJADI masam-masam manis membuatkan bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa,  ibu hamil juga sukakannya.

1 Biji Vitamin C Chewable bersamaan dengan  1 1/2 biji Oren iaitu 100mg dalam 1 tablet. Untuk kanak-kanak boleh ambil sebiji sehari dan untuk orang dewasa boleh ambil sehingga 5 biji sehari.

Ianya dihadirkan dalam botol yang lebih kecil dan travel friendly. 

Kanak-kanak sangat digalakkan mengamalkan Vitamin C Chewable ini kerana mereka sangat mudah terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.


MANFAAT VITAMIN C CHEWABLE PLUS




  • Meningkatkan daya imunisasi badan.
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh.
  • Mengurangkan selsema, batuk dan demam.
  • Menguatkan tulang, gigi serta gusi yang sihat.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen tubuh kita.
  • Melindungi kolagen badan kita dari musnah & rosak.
  • Bagus untuk kesihatan kerana sifat antioksidanya.
  • Meningkatkan penyerapan Iron untuk mereka yang paras hemoglobin (Hb) rendah. 



SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN C CHEWABLE PLUS




  • Yang kerap demam, batuk & selesema.
  • Yang gusinya sering berdarah.
  • Yang mempunyai masalah kulit kusam, berjerawat.
  • Yang selalu bersin atau resdung.
  • Yang selalu ada alahan
  • Untuk mereka yang paras hemoglobinnya rendah.
  • Ibu hamil.
  • Untuk mereka yang tidak mengamalkan pemakanan yang kaya Vitamin C seperti oren.
  • Untuk golongan berusia yang mengalami masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan
  • Untuk mereka yang bekerja 
  • Untuk mereka yang susah nak telan Vitamin C SR.
  • Untuk seisi keluarga

APA KATA MEREKA YANG SUDAH MENCUBA VITAMIN C CHEWABLE PLUS INI



Anak tak jadi demam lepas amalkan Vitamin C Chewable





Kesan gatal dan kudis mula berkurang

Anak-anak suka makan

Kemam Vitamin C macam kemam gula-gula




Menyusu habis

Minum air pun habis

Pembuangan si kecil juga lancar





HARGA VITAMIN C CHEWABLE PLUS




90 TABLET

TAHAN SEHINGGA 3 BULAN


Wahh....Sangat Menjimatkan.. 

Anda hanya memperuntukkan RM 0.57 sen SAHAJA SEHARI UNTUK ANAK ANDA MEMPEROLEH KHASIAT YANG TERDAPAT DI DALAM VITAMIN C CHEWABLE PLUS INI..



Dapatkan Vitamin C untuk anak-anak ataupun mereka yang tersayang. Sekiranya anda ingin membeli Vitamin C Chewable Plus, anda boleh dapatkannya dengan menghubungi saya PENGEDAR SHAKLEE ANDA di talian 016-6110742






atau


Sekiranya anda ingin membuat belian secara online melalui kad kredit atau kad debit, anda boleh klik gambar di bawah ini







Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi




Share:
Read More

JANGAN AMBIL MUDAH PENYAKIT RESDUNG - ATASINYA DENGAN SELAMAT







Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir ke dalam hidung.

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan kuman bakteria membiak. Jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan ia menjadi lebih parah dan boleh menyebabkan komplikasi otak sehingga boleh membawa maut.



GEJALA RESDUNG



  • Hidung selalu tersumbat
  • Mempunyai Lendir dari hidung & tekak
  • Sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan mata
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sihat berpanjangan
  • Gatal hidung & kerap bersin terutama pada waktu pagi
  • Mengalami jerawat di muka dan badan
  • Nafas berbau
  • Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur
  • Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain

SET RESDUNG SHAKLEE






Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. 


Set Resdung shaklee ini terdiri daripada :

ALFAFA COMPLEX





  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.


B-COMPLEX with Folic Acid





  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.


VITAMIN C





  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
'

ANTARA TESTIMONI PENGGUNA YANG MENGAMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE



TESTIMONI 1 : 

Bersin sampai sakit dada, kini alhamdulillah sakit resdung kini hilang.



TESTIMONI 2 :

Derita resdung 10 tahun kini hilang




TESTIMONI  3 :

Sakit kepala bertambah kurang, kulit bertambah bersih, gatal-gatal berkurangan.




TESTIMONI 4 :

Resdung semakin berkurangan, malam dah boleh tidur lena, hidung dah tak sumbat dan tak berair lagi




TESTIMONI 5 :

Kurang rasa gatal lagi even makan makanan seafood. Set Resdung Shaklee banyak membantu


………………………………………………………………………


Jika sekiranya anda berminat untuk dapatkan SET RESDUNG SHAKLEE, anda boleh hubungi saya di talian 0166110742


KLIK UNTUK BELIAN SET RESDUNG SHAKLEE


atau


Sekiranya anda ingin membuat belian terus secara online melalui kad kredit atau kad debit, anda boleh klik salah satu link atau gambar di bawah ini.


KLIK UNTUK BELIAN






Semoga dengan perkongsian saya ini dapat membantu anda yang mengalami masalah resdung. Jika anda ada sebarang pertanyaan akan vitamin Shaklee, boleh terus hubungi saya.


PERTANYAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN SAYA


Anda juga akan mendapat KONSULTASI TERBAIK DAN EKSKLUSIF hanya dari saya PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA.


Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi



Share:
Read More

7 KEBAIKAN SUSU IBU BUAT IBU DAN BAYI



Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi




Pentingnya memulakan penyusuan 30 minit sejurus selepas bersalin.

Bayi yang baru lahir tidak memerlukan makanan lain dan tidak juga memerlukan susu lain selain susu ibunya sendiri. Adalah penting bagi ibu yang bertekad ingin menyusukan bayi sehingga tempoh sempurna memulakan penyusuan awal dalam jangka 30 minit selepas melahirkan.

Dengan menyusukan bayi di awal kelahiran dapat menggalakkan pengeluaran susu daripada payudara ibu dengan lebih cepat. Bahkan ia memastikan bayi mendapat manfaat susu Kolostrum sepenuhnya daripada penyusuan awal sekaligus dapat menguatkan sistem imun tubuh bayi dan kekebalan sistem imun yang lebih kuat.

Kepentingan penyusuan awal kepada bayi juga dapat melahirkan naluri semulajadi pada bayi untuk menyusu susu ibunya dan mengenal makanan pertama yang terbaik untuknya adalah susu ibu. Ibu juga dapat merasai refleksi hisapan bayi yang lebih kuat dalam tempoh pertama penyusuan.

Tiada makanan dan minuman terbaik yang lain untuk bayi yang baru lahir selain daripada susu ibunya sendiri. Bagi ibu ibu yang ingin menyusukan bayi selepas bersalin, pastikan ibu tahu kepentingan penyusuan awal 30 minit selepas melahirkan.


7 KEBAIKAN YANG IBU DAPAT DARIPADA PENYUSUAN SUSU IBU



1. Dapat membantu mengurangkan risiko kemurungan kepada ibu selepas bersalin.

2. Membantu pengecutan rahim ibu lebih cepat dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

3. Dapat mengelakkan pembengkakan payudara ibu.

4. Membantu dalam penurunan berat badan serta perlangsingan tubuh selepas bersalin kerana lemak yang ada pada tubuh digunakan untuk menghasilkan susu.

5. Penyusuan susu ibu kepada bayi dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

6. Ibu yang menyusukan anak dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser payudara dan juga kanser Ovari.

7. Sejurus selepas melahirkan, ibu disarankan terus menyusukan bayi kerana ia dapat membantu menjarakkan kehamilan seterusnya dengan melambatkan tempoh haid yang pertama selepas bersalin.


7 KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI



1. Membantu merendahkan risiko Jaundis. Jadi jika anak ibu terkena masalah Jaundis, kerapkan penyusuan sebanyak yang mungkin kepada bayi. 

2. Susu ibu membantu pertumbuhan gigi dan rahang yang lebih kuat dan sihat.

3. Nutrisi dan zat semulajadi dapat dibekalkan kepada bayi mengikut tahap tumbesarannya.

4. Susu ibu lebih mudah dihadamkan oleh bayi dan tidak membebani organ mereka.

5. Anak menyusu susu ibu lebih pintar dan mempunyai pertumbuhan otak yang lebih cerdas.

6. Tak perlu penyediaan yang lambat atau perlu di sediakan terlebih dahulu kerana susu ibu sedia ada dan boleh di susukan terus kepada bayi.

7. Susu kolostrum adalah susu pertama yang baik untuk menguatkan sistem imunisasi bayi.


SUPLEMEN UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU






Selain pemakanan harian, cukup minum air kosong 3 liter sehari,  emosi yang stabil dan kekerapan sesi penyusuan secara terus/perahan , suplemen juga membantu ibu-ibu meningkatkan dan memperbanyakkan penghasilan susu secara produktif.


1. Alfalfa Complex 




Alfalfa terkenal sebagai raja tumbuhan. Tumbuhan alfalfa ini berupaya menjadi milk booster terbaik untuk menambahkan susu badan. 

Ada juga yang makan daun alfalfa ini sebagai ulam atau goreng-goreng sebagai cara tradisional untuk menambahkan susu ibu. Alfalfa ini juga dikatakan sebagai perapat, yang dah cuba mesti tahu.


2. OsteMatrix 




Ostematrix adalah kalsium yang dilengkapi oleh Vitamin D dan Magnesium antara komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein. Ia dapat membantu ibu untuk mendapat rehat yang berkualiti  di samping membantu melegakan otot dan saraf ibu serta mengelakkan tekanan.


Kesan kekurangan kalsium di kalangan ibu menyusu lazimnya adalah seperti masalah gigi rosak dan sakit-sakit badan serta tulang.


3. ESP ( Energizing Soy Protein )





ESP membekalkan protein yang cukup dalam diet harian ibu. Ia juga salah satu milk booster untuk menambahkan susu ibu dan sebagai pemberi tenaga. Percaya atau tidak, ESP ini boleh buat seseorang itu rasa kenyang yang berpanjangan. 

ESP adalah minuman wajib bagi ibu yang ada masalah susu merundum pasti akan bantu banyakkan susu ibu.



ANTARA TESTIMONI IBU YANG MENGAMALKAN SUPLEMEN MENYUSU SHAKLEE



TESTIMONI 1 

Susu semakin banyak..Baby pun semakin kenyang



TESTIMONI 2

Berkat kesabaran mummy dengan bantuan ESP dan Alfafa, susu semakin meriah dan banyak




TESTIMONI 3

Ibu gembira susu meriah selepas bersalin




TESTIMONI 4

Dari seminggu susu drop, kini susu kembali meriah dengan Shaklee



TESTIMONI 5

Air susu sentiasa ada selepas amalkan Alfafa Shaklee



………………………………………………………………………


Segala nutrisi yang bayi perlukan boleh di dapati hanya dari susu ibu. Percayalah, tiada susu lain yg lebih baik daripada susu ibu di dunia ini.


Sekiranya anda berminat dengan Suplemen Menyusu Shaklee, anda boleh hubungi saya di talian 016-6110742




Jika sekiranya anda ingin membuat belian terus secara online melalui kad kredit atau kad debit, anda boleh klik gambar di bawah ini






Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Selamat..Berkesan..Semulajadi


Moga perkongsian saya ini dapat membantu para ibu mendapatkan nutrisi yang terbaik.







Share:
Read More

SAKITNYA RENGAT SELEPAS BERSALIN






RENGAT..!!!! Bagi kaum lelaki pasti tidak tahu apakah yang dinamakan sakit rengat. Tetapi berbeza dengan kaum wanita yang  sudah bersalin pastinya tahu akan kesakitan rengat selepas bersalin.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SAKIT RENGAT



Rengat ni rasa sakitnya seperti senggugut atau sakit contraction seperti nak bersalin. Ianya lebih 
dikenali after birth contraction atau pun after pains. Pengalaman saya terkena sakit rengat, ianya lebih sakit dari sakit contraction nak bersalin.

Bayangkan dari baring nak bangun pun tak boleh disebabkan sakit yang teramat sangat.Dan kalau sakit contraction nak bersalin, ianya sakit dan berhenti seketika kan..kemudian sakit semula. 

Tetapi tidak dengan sakit rengat yang mana bila datang sakitnya tu berterusan sakitnya. Sampaikan kalau mereka yang tak tahan menanggung sakit  ianya boleh mengganggu emosi sehingga menangis.

Sebab itu lah pengorbanan seorang ibu itu teramatlah besar kerana seorang ibu menanggung pelbagai kesakitan demi melahirkan zuriat yang tercinta.


BAGAIMANA RENGAT INI TERJADI



Rengat ni boleh terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu selepas melahirkan anak. Ia adalah antara proses pengecutan rahim untuk kembalikan saiz dan posisi asalnya.

Biasanya rengat ini akan terjadi kepada ibu yang melahirkan anak kedua dan keatas. Jarang sekali ibu yang melahirkan anak pertama terkena sakit rengat ini. 

Ia juga berisiko terjadi pada ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri dan tertinggal di dalam rahim yang mana ia dipanggil " darah bantal "

Durasi kesakitan rengat pula antara 2-10 hari bergantung kepada keadaan.

Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui sakit rengat ini mengatakan durasi kesakitannya bergantung kepada bilangan anak. Semakin ramai anak, semakin lama durasinya.

Dalam keadaan ini suami memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu isteri melawan kesakitan rengat ini.

Kesakitan rengat ini akan menjadi berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.


MENGAPA TERJADINYA BEGITU..??



Ini adalah kerana penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon ocytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.

Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan TUMPAH DARAH. Sangat bahaya jika rahim lambat mengecut.


CARA MENGATASI SAKIT RENGAT



1.   Mengambil ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor. Kebiasaannya sebelum ibu keluar dari hospital, ibu akan dibekalkan beberapa ubat dari doktor.Ubat tahan sakit ini hanya makan apabila perlu sahaja.

2. Teknik pernafasan dan hipnosis dapat membantu mengawal kesakitan

3. Sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.

4. Setiap hari sentiasalah bertungku untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan rahim serta mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam rahim. 

5. Gunakan losyen panas untuk membantu mengawal kesakitan tetapi jangan letakkan terlalu banyak. Cukuplah mengikut kadar yang disarankan dan tidak berlebihan.


ALTERNATIF LAIN



Ibu juga boleh mengamalkan Set Berpantang Shaklee untuk mengurangkan kesakitan dan mengekalkan kesegaran badan di samping mendapat pelbagai khasiat untuk keperluan ibu dan bayi dari set ini.

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada :

  • Vivix
  • ESP ( Energising Soy Protein )
  • Vitalea
  • B-Complex with Folic Acid
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Alfafa Complex
  • Omega Guard





TESTIMONI IBU BERPANTANG BERSAMA SHAKLEE










Ibu perlulah banyakkan bersabar dan kuat semangat dalam menempuh ujian ini.

Moga ibu-ibu yang sedang berpantang dapat melalui fasa berpantang dengan baik dan gembira di samping bayi yang sihat dan comel.

Pilihlah nutrisi yang terbaik untuk kesihatan ibu dan juga bayi.

Sekiranya para suami, ibu-ibu atau anda semua berminat untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee,  boleh terus hubungi saya di talian 016-6110742.

Saya akan berikan penerangan eksklusif, cara pengambilan yang betul serta tips yang terbaik  buat anda semua.

Anda ingin beli Set Shaklee mengikut budget..??? JANGAN RISAU..saya akan berikan keperluan nutrisi yang anda mahukan mengikut budget anda.


PERTANYAAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN 
SAYA




Vitamin ini bukanlah ubat..Ia adalah vitamin yang menyihatkan


Shaklee... Semestinya Selamat..Berkesan..Semulajadi



Disclaimer :
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit





Share:
Read More